Thursday, November 12, 2009

Bloggers Pakatan Rakyat - tumpukan perjuangan melawan propaganda UMNO terhadap PAS



Kita kita sedang berhadapan dengan serangan dari UMNO terutamanya terhadap PAS. Setiap hari kita lihat dan dengar dalam media cetak atau electronik tentang serangan dari UMNO.

Sebenarnya, apa yang sedang berlaku dalam PAS tidak lah seburuk dengan apa yang sedang berlaku dalam UMNO. Kini UMNO sedang berusaha menutup keburukan dan kelemahan mereka. UMNO sedang dilanda berbagai krisi dalaman dan luaran, terutama dari parti komponen nya MCA, MIC, PPP dan Gerakan.

MCA sedang berhadapan dengan satu masalah yang besar, ada kemungkinan parti itu akan terus lumpuh dan dibubarkan. Sebenarnya hampir 85% kaum cina sudah tinggalkan MCA dan menyertai DAP. Yang tinggal dalam MCA itu cuma pemimpin2 atasan dan segelintir pencacai2 nya sahaja.

Yang pasti, UMNO akan tumbang pada PRU13 nanti jika kaum cina dan india terus memberi sokongan nya kepada Pakatan Rakyat.

Thursday, October 22, 2009

Ibrahim Ali manusia tidak ber moral yang tidak tahu menilai akhlak dan budi.

The Sleeping 'Ibrahim Ali"

Ibrahim Ali , manusia yang bodoh sombong dan tidak bermoral. Semasa berada dalam UMNO belau telah ditempat dan kedudukan yang baik dan istemewa, malangnya sifat buruk nya telah menjadi sebab di tendang keluar dari UMNO seumur hidup.

Beliau menyertai parti UMNO dan pernah memenangi parlimen Pasir Mas, Kelantan atas tiket Barisan Nasional - UMNO. Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO sekitar tahun 1987.Kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apabila Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 dan bergabung dengan PAS , beliau turut menyertai Tengku Razaleigh Hamzah. Angkatan Perpaduan Ummah hasil gabungan PAS dan Semangat 46 berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di Kelantan pada tahun 1990.

Apabila Tengku Razaleigh menyertai semula UMNO dan membubarkan Semangat 46, beliau turut menyertai UMNO. Tetapi dipecat dari UMNO dan dilucutkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas pada 22 November 2003 dan keahliannya dalam UMNO digantung seumur hidup.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Datuk Ibrahim Ali telah bertanding dalam kawasan Pasir Mas sebagai calon bebas. Tetapi beliau tewas. Dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, beliau sekali lagi bertanding tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat dan hilang wang pertaruhan. Beliau hanya mendapat 415 undi sahaja.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding atas tiket PAS di kawasan Pasir Mas oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Walaupun begitu, beliau tetap menganggap dirinya tidak terikat pada mana-mana parti walaupun bertanding di atas tiket PAS.

Sebenar nya career politik Ibrahim Ali sudah TAMMAT, jika tidak diselamatkan oleh PAS.
Sepatutnya Ibrahim Ali sedar dan berterima kasih kepada PAS. Tetapi sifat buruk moralnya telah dapat diteruskan nya setelah diselamatkan oleh PAS.

Dengan perbuatan buruknya ini sebenarnya dia sendiri telah membunuh career politik nya. Mungkin dia beranggapan UMNO mungkin akan menerima nya kembali kedalam pangkuan UMNO. Sebab UMNO memang seperti TONG SAMPAH yang akan menerima segala sisa2 buangan yang buruk dan busuk.

Kita doakan agar UMNO menerima benda buruk dan busuk ini supaya dapat ditong sampahkan oleh UMNO. Dengan ini UMNO akan dapat segera memenuhkan tong sampah.

UMNO MEMANG SUDAH JADI TONG SAMPAH.

Friday, October 16, 2009

UMNO boleh berubah selepas perhimpunan agung?


Apa juga strategi perubahan yang akan di luluskan dalam perhimpunan agung UMNO tidak akan memberi apa2 kesan terhadap kepimpinan UMNO.

Sikap pemimpin2 yang tamak mengaut dan mengumpul harta kekayaan tidak mudah di ubah. Rasuah untuk mempertahankan jawantan tidak mungkin di hapuskan.

Sebenar nya pemimpin2 yang lantang berkokok dalam perhimpunan itulah petualang besar yang menyemarakan rasuah dan saban hari mengumpul harta kekayaan.

UMNO tidak akan berubah selagi masih ramai pemimpin2 yang ada hari ini tidak keluar parti. Makna nya semua pemimpin yang diketahui sudah terlibat politik wang di singkir keluar dari UMNO.

Sebenar nya hampir semua pemimpin UMNO sudah terlibat dengan politik wang. Paling malang bila pemimpin ini dengan megah nya menyatakan politik wang tidak salah dari segi perundangan negara. Tetapi ianya tetap dipandang hina dari segi moral dan HARAM di sisi agama Islam.

Wednesday, September 30, 2009

Bekas 'banduan' politik di calunkan di PRK Bagan Pinang.

UMNO memang ada sebab mengapa Isa Samad dicalunkan untuk menentang PR di Bagan Pinang.

Jikasekiranya UMNO tewas, maka ada alasan nya - salah letak calun. UMNO akan menanggung kemaluan besar jika diletak kan calun yang betul2 berkaliber dan bersih menerima kekalahan.

Mungkin UMNO akan menang dengan undi pos, tetapi kemenangan UMNO ini akan mencemarkan nama baik parti UMNO.

Monday, August 31, 2009

Hadiah Hari Merdeka untuk Rakyat Malaysia

Type Public
Founded 17 August 1974
Headquarters Flag of Malaysia Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur, Malaysia
Key people Tan Sri Dato’ Mohd Hassan Marican, Group CEO and President
Industry Oil and Gas
Products Oil
Natural gas
Petrochemical manufacturing
Shipping services
Revenue 75.5 billion USD (2009)
Net income 15.0 billion USD (2009)
Total assets 110.9 billion USD (2009)
Total equity 69.8 billion USD (2008)
Employees 39,236 worldwide

Dalam keadaan ekonomi yang masih lagi kelabu asab, rakyat yang berpendapatan rendah sedang bergelut siang malam untuk menyara hidup keluarga, kini di kejutkan pula dengan hadiah hari Merdeka pula.

Kenaikan harga petrol ini akan pasti menaikan harga2 semua barangan dan perkhidmatan. Walaupun kenaikan nya cuma sesen atau dua. Yang pasti semua barang dan perkhidmatan akan naik.

Pak menteri kita tidak bayar cukai jalan dan insuren kenderaan. Pak Menteri tidak tahu berapa RM orang miskin di kampung kena bayar untuk insuren capcai.

Kenaikan harga barang makanan sudah sampai ketahap yang sukar di tanggung oleh orang yang berpendapatan rendah. Sebagai contoh harga beras - kenaikan nya hampir 100%. Harga barang2 keperluan lain tak perlu di ceritakan di sini. Sermua orang sudah tahu, melaikan Pak menteri.

Mereka sudah tahu bahawa menjelang PRU13, mereka akan tumpas, sebelum tumpas dan masih lagi berkuasa kaut seberapa banyak yang boleh.

Adalah terlalu zalim untuk menaikan harga minyak menjelang hari Raya.

Tuesday, August 25, 2009

Sekali lagi UMNO di belasah teruk oleh PR

Mampukah UMNO melawan arus kopiah putih

Nampak nya UMNO makin bertambah parah. setiap strategi yang diaturnya tidak pernah menjadi. Di mana salah silap nya?

Sehingga ke hari ini UMNO masih tidak nampak pulih. Sudah 7 PRK dilalui, semuanya kecewa belaka.

N11, Permatang Pasir majoriti penduduk melayu, UMNO tewas dengan teruk. Bagaimana pula dikawasan majoriti bukan melayu pula? Adakah UMNO akan mendapat sambutan pula? Saya rasa jawapan nya TIDAK.

Jika trend pengundi yang sama berlaku di N11 Permatang Pasir merebak keseluruh negara, pasti UMNO akan menerima padah buruk pada PRU13 nanti.

PRU13 semakin hampir, tanda2 UMNO untuk bangun semula langsung tidak nampak. Nampak nya UMNO sudah hilang akal, cuma menunggu hari untuk di pukul mati.

Thursday, August 13, 2009

N11-Permatang Pasir - Satu lagi Ujian Kegagalan bagi UMNO

Selepas tamat PRU12 lalu yang hampir menumbang kan kerajaan BN, kini sedang menerima lagi ujian seterus nya. UMNO sudah melalui sebanyak 7 kali ujian dalam PRK dan cuma lulus satu sahaja di Batang Ai, Sarawak.

Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa UMNO sudah ditolak oleh rakyat. Sehingga kini belum ada tanda2 bahawa UMNO semakin pulih, bahkan ianya nampak sudah semakin bertambah parah.

Tidak ada walau seorang pun pemimpin UMNO yang nampak boleh memulih kan UMNO. Walauapa pun cara yang dilakukan untuk memikat hati rakyat mendekati UMNO semula telah gagal.

Perkara ini berlaku kerana rakyat masih melihat bahawa pemimpin2 UMNO bermula dari ketua cawangan hingga keperingkat paling atas masih lagi mengamalkan cara dan gaya hidup seperti sebelum PRU12 yang lalu. Mereka masih lagi hidup ber mewah2 han dan me nunjuk2 kan harta kekayaan mereka.

Paling buruk berlaku semasa PAU yang baru lepas, rasuah bermaharaja lela. Pemimpin yang di sahkan rasuah dibenar kan berada dalam UMNO dan memegang jawatan penting pula. Bagaimana rakyat boleh terima pemimpin rasuah sebagai pemimpin UMNO.

PRU13 semakin hampir, tanggapan buruk terhadap UMNO dari rakyat masih menebal. Ianya makin bertambah tebal setiap hari kerana pemimpin2 UMNO itu sendiri tidak mahu berubah.

N11 Permatang Pasir sekali lagi menguji sejauh mana penerimaan rakyat terhadap UMNO - terutamanya kaum melayu. Jika sekiranya UMNO gagal menawan N11 Permatang Pasir, maka UMNO pasti akan menamatkan riwayatnya pada PRU13 nanti.